Laporan Aktiviti
MICROSOFT WORD : PERKAKASAN KOMPUTER
16 November 2018
| Tarikh |
: 20 Oktober 2018 |
| Masa |
: 11.00 pagi – 1.00 tengahari |
| Lokasi |
: Pusat Internet Bandar Petri Jaya |
| Peserta |
: 4 orang |
| Tujuan |
| Kelas ini dihadiri oleh 4 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar untuk belajar menaip dengan pantas sambil mengetahui perkakasan komputer. Selain itu juga, kelas ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai asas menaip dan juga untuk mengasah pelajar dalam menaip. |
| |
|
| Aktiviti |
| Para pelajar diberikan penerangan oleh petugas Pusat Internet Bandar Petri Jaya mengenai latihan asas microsoft word yang diberikan. Selepas itu, para pelajar diberikan sebuah komputer setiap seorang untuk mengaplikasikan secara praktikal pembelajaran microsoft word bersesuaian dengan tajuk yang telah diberikan. Para peserta perlu menyiapkan tugasan yang diberikan sesuai dengan masa yang diberikan. Para pelajar diberi tunjuk ajar untuk memasukkan gambar didalam kotak, menukar jenis tulisan, membesarkan saiz tulisan dan juga menukar warna pada tulisan. |