| Para pelajar diberikan tajuk My Biodata, dimana setiap pelajar bebas menggunakan kreativiti mereka untuk melaksanakan tugasan yang diberikan. Selain itu juga, para pelajar juga dilatih dengan baik untuk menggunakan segala fungsi dan kemudahan yang terdapat di Microsoft Word dalam memastikan hasil kerja yang menarik. Menerusi kelas ini, pelajar diberikan komputer setiap seorang dan ianya akan membuatkan para pelajar dapat memahami dengan mudah tentang pembelajaran Microsoft Word serta akan memperoleh kebaikan tersendiri dengan kemahiran yang dipelajari. |